6th Health For Malaysia (HFM)

6th Health For Malaysia (HFM)

Wednesday, 4 June 2014

Tercekik



Tercekik merupakan salah satu situasi yang membahayakan nyawa seseorang. Ia akan menyebabkan laluan utama pernafasan tersumbat, lalu mangsa akan tidak mendapat bernafas seperti biasa. Kebiasaannya kanak2 akan tercekik disebabkan oleh objek-objekkecil dan orang dewasa kebiasaannya akan tercekik oleh makanan.
 
Jika tahap tersumbat pada saluran pernafasan itu sederhana, ia boleh dirawat dengan menggalakan mangsa tercekik tersebut batuk. Setiap individu yang mengalami gangguan saluran pernafasan hendaklah mengambil tindakan kecemasan dan serius kerana apabila otak manusia tidak mendapat sumber oksigen walaupun pada jangka masa yang pendek ia akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel otak.