Ini adalah salah satu kajian yang kami jalankan untuk subjek ini.
http://www.slideshare.net/faridzaine00/overall-combined-final-edited
http://www.slideshare.net/faridzaine00/power-point-penulisan-esei-35781735
GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidkan
6th Health For Malaysia (HFM)
Thursday, 12 June 2014
Wednesday, 4 June 2014
Tercekik
Tercekik merupakan salah satu situasi yang
membahayakan nyawa seseorang. Ia akan menyebabkan laluan utama pernafasan
tersumbat, lalu mangsa akan tidak mendapat bernafas seperti biasa. Kebiasaannya kanak2 akan tercekik disebabkan oleh
objek-objekkecil dan orang dewasa kebiasaannya akan tercekik oleh makanan.
Jika tahap tersumbat pada saluran pernafasan itu
sederhana, ia boleh dirawat dengan menggalakan mangsa tercekik tersebut batuk.
Setiap individu yang mengalami gangguan saluran pernafasan hendaklah mengambil
tindakan kecemasan dan serius kerana apabila otak manusia tidak mendapat sumber
oksigen walaupun pada jangka masa yang pendek ia akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel otak.
Friday, 23 May 2014
Magazine Purse
Magazine purse ini adalah dompet yang diperbuat daripada helaian muka surat majalah. Saya menggunakan kira-kira 10 helaian majalah AEON untuk menghasilkan produk ini. Saya mendapat ilham untuk menghasilkannya selepas menonton video tersebut di youtube.
Bahan-bahan yang dIperlukan :
1) Gunting
2) Pembaris
3) Hot glue gun
4) Beberapa helaian majalah (berukuran 5 inci x 2 inci yang dilipat)
5) Zip
6) Kain perca
7) Benang dan jarum
Produk yang terhasil
Bahan-bahan yang dIperlukan :
1) Gunting
2) Pembaris
3) Hot glue gun
4) Beberapa helaian majalah (berukuran 5 inci x 2 inci yang dilipat)
5) Zip
6) Kain perca
7) Benang dan jarum
Produk yang terhasil
Pandangan hadapan #1 |
Pandangan hadapan #2 |
Pandangan sisi |
Pandangan bawah |
Pandangan atas yang berzip |
Kad matrik, jam tangan, nota kecil dan lain-lain juga boleh dimasukkan |
Zip selepas memasukkan barang-barang ke dalam dompet |
Hanya memerlukan ruang yang kecil untuk disimpan |
Kecil, ringkas dan menarik! |
Saturday, 26 April 2014
Kebaikan ICT dalam Perubatan
Pada zaman globalisasi ini, manusia bebas untuk mengakses pelbagai maklumat dengan begitu cepat. Segalanya seperti berada di hujung jari sahaja! Hanya perlu klik pada papan kekunci atau slide pada touch screen telefon bimbit. Keadaan ini juga memberi banyak kebaikan dalam bidang perubatan. Sememangnya, perubahan teknologi yang semakin hebat dan moden dapat memudahkan kerja para doktor, jururawat dan juga staf kesihatan yang lain.
Contohnya, di PPUKM, sistem yang digunakan ialah C-Hets. Tidak dinafikan sistem C-Hets yang diguna pakai banyak memberi manfaat kepada jagarawatan pesakit. Segala maklumat diri pesakit dapat diperoleh dan diakses dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama. Pelbagai keputusan ujian makmal seperti x-ray, CT Scan, MRI, Ultrasound, dan juga spesimen darah darpat diketahui dalam masa yang singkat. Apabila pegawai makmal telah menganalis spesimen yang dihantar, keputusan ujian terus direkodkan ke dalam sistem C-Hets. Dengan itu, hanya daftar masuk nama pengguna staf dan kata laluan, jururawat dapat mengakses keputusan ujian tersebut.
Merekod vital signs pesakit |
Jururawat mencatat laporan semasa pembedahan dilakukan |
Jika dibandingkan pada zaman sebelum 2000, para pekerja kesihatan perlu berulang-alik antara makmal dan wad untuk menghantar dan mengambil keputusan ujian speismen darah. Hal ini agak membebankan dan mengambil masa yang lama.
Kemajuan dalam bidang teknologi juga telah meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Para jururawat mempunyai lebih masa bersama pesakit untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik.Selain itu, sebarang permasalahan atau tanda tanya mengenai penyakit boleh diterangkan melalui grafik serta video yang banyak terdapat di carian laman sesawang. Antaranya, pesakit boleh mencari maklumat dengan lebih lanjut hanya dengan menaip di Google, Wikepedia, Internet Explorer dan sebagainya. Para doktor dan jururawat juga boleh membantu pesakit dalam menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan umur dan tahap pengetahuan pesakit melalui pembacaan daripada internet supaya pesakit tidak berasa keliru dengan pelbagai sumber maklumat.
Masa berharga bersama pesakit |
Sejak menggunakan sistem C-Hets, doktor dan farmasi tidak perlu lagi untuk menulis preskripsi ubat secara manual. Mereka hanya perlu masukkan senarai ubat yang hendak diberi melalui bahagian ubat dalam sistem ini. Manfaatnya, kesilapan pemberian ubat kepada pesakit dapat dikurangkan sama ada daripada doktor mahupun jururawat. Ada sesetengah ubat yang mempunyai nama yang hampir serupa dan boleh menimbulkan kekeliruan.
Tidak dinafikan, penggunaan teknologi dalam bidang perubatan banyak memberi kesan dan impak yang positif. Bidang perubatan akan sentiasa maju ke hadapan sekiranya bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.
Friday, 25 April 2014
10 Foto
1. Cutting Back on Melanoma Biopsy
Kebanyakan tahi lalat di tubuh badan kita
tidak berbahaya sama sekali, tetapi bagaimana kita begitu pasti bahawa tahi
lalat yang tumbuh itu normal dan tidak mendatangkan kemudaratan? Tahi lalat
juga menjadi salah satu petanda untuk kanser kulit. Untuk memastikan wujudnya
kanser dan tahi lalat itu ialah ketumbuhan yang tidak normal, pakar dermatologi
pada hari ini telah mewujudkan sebuah rekaan daripada teknologi yang serba
canggih. Jika sebelum ini biopsy yang diambil berisiko untuk meninggalkan kesan
parut, alat ini mempunyai MelaFind optical scanner yang boleh mengurangkan
kesan parut, malah mungkin tiada parut langsung pada kulit! MelaFind
menggunakan teknologi ‘missile navigation’ yang digunakan dalam sistem
pertahanan untuk mengesan sebarang ketidakabnormalan pada permukaan pada 10
gelomvang elektromagnet.
2. Electronic Aspirin
Teknologi daripada Autonomic
Technologies, Inc., (Redwood City, CA) menggunakan konsep ‘patient-centered’
kerana pesakit tidak perlu lagi terlalu bergantung ubatan semata-mata, malah
boleh mengawal tahap kesakitan yang dialami. Caranya ialah menyekat isyarat SPG
yang boleh menyebabkan migraine. Hujung tip ini dimasukkan ke atas lelangit
secara kekal. Apabila pesakit berasa sakit, dia boleh mengawal kesakitan
tersebut dengan ‘remote control’ sebelum kesakitan bertambah.
3. Needle Free Diabetes Care
Jika sebelum ini untuk memeriksa
paras glukos dalam darah, jari anda akan dicucuk sedikit untuk mengambil
setitis darah untuk diperiksa pada glucometer. Ciptaan daripada Echo
Therapeutics (Philadelphia, PA)telah menghasilkan glucometer yang boleh
memeriksa paras glukos dalam darah tanpa perlu dicucuk jari. Ia mempunyai
pengesan biosensor pada kulit dan boleh menilai tahap glukos setiap minit.
Bacaan paras glukos itu akan menghantar bacaan pada ‘remote monitor’ dan akan
mengeluarkan amaran apabila paras glukos melebihi tahap yang normal.
4. Robotic Checks-up
Kaedah yang menggunakan sistem
robot berupaya untuk mengawal sesebuah wad di hospital terutamanya di bahagian
kecemasan. Robot boleh melakukan rondaan dengan lebih kerap, memeriksa keadaan
pesakit di setiap bilik yang berbeza, mengambil tekanan darah tanpa penjagaan
pesakit secara langsung. RP-VITA Remote Presence Robot dihasilkan oleh iRobot
Corp dengan kerjasama InTouch Health merupakan ciptaan robot pertama untuk
menerima FDA untuk kegunaan hospital.
5. A valve Job with Heart
Sapien transcatheter aortic valve dihasilkan oleh Edwards
Life Sciences (Irvine, CA) amat membantu dalam proses pembedahan jantung. Bahan
pembuatan injap diambil daripada tisu lembu
dan dilekatkan bersama stent yang anti-karat. Stent itu akan masuk ke dalam
saluran pembuluh darah dan dikembangkan pada saluran darah yang tersumbat dan
sempit.
6. Monitiring Vital Signs on Phone
iPhone terbaru
daripada Azoi.Inc yang diberi nama Wello mempunyai banyak kemudahan untuk
memeriksa tahap kesihatan sesorang. Antaranya ialah pemeriksaan mengenai ECG, suhu badan, peratus oksigen dalam darah (SPO2),
tekanan darah tinggi.
7. Sun Sprite
Sun Sprite digunakan untuk merekodkan tahap cahaya yang
terdedah kepada kita pada setiap hari. Ia menggunakan solar panel untuk
mengukur pencahyaan. Cara peggunaa amat mudah, ianya boleh disepit pada baju,
dompet, mahupun beg tangan.
8. Care Connect Wristworn System
Kebanyakan warga emas lebih gemar untuk tinggal di
rumah sendiri berbanding tinggal bersama anak-anak mahupun saudara mara. Ini
menyebabkan mereka lebih berisiko untuk mendapat kecederaan seperti jatuh,
serangan angin ahmar, serta hilang kesedaran diri. Oleh itu, sebuah cipataan
seakan-akan jam tangan telah direka untuk memantau pergerakan dan postur badan
seseorang. Alat ini mampu mengesan isyarat jika mereka jatuh ataupun mendapat
kecederaan yang tidak disangka.
9. Perminova Necklace
Alat ini mampu untuk mengesan sebarang perubahan yang
tidak normal pada jantung seperti kanser, kegagalan fungsi jantung serta
pelbagai penyakit lain. Risiko kematian dapat dikurangkan dengan pengesanan
awal pada perubahan di jantung, sekaligus dapat meningkatkan kualiti
jagarawatan pesakit. Alat ini juga berupaya untuk mengesan cecair pada lapisan
jantung agar tidak melebihi paras normal. Elektode yang dipasang pada
bawah rantai berfungsi untuk mengesan serta merekod kadar denyutan jantung,
kadar pernafasan, ECG, stroke volume dan cardiac output.
10. Intradermal Injection
West Pharmaceutical (Exton, PA) mendapat
pengiktirafan daripada European CE Mark kerana
cipataanya iaitu ‘adapter’ untuk suntikan Intradermal . Intradermal adapter
digunakan untuk membuatkan suntikan bawah kulit lebih selamat, mudah dan lebih
konsisten. Direka untukkegunaan 1 mL pakai buang picagari, dan memberi manfaat
semasa melakukan suntikan Mantoux Test untuk mengesan Tuberculosis dan apa-apa
alahan. Klip berukuran 1/2 inci panjang
yang terletak di hujung picagari membantu untuk mengelakkan suntikan yang
melebihi lapisan epidermis.
Subscribe to:
Posts (Atom)