6th Health For Malaysia (HFM)

6th Health For Malaysia (HFM)

Friday, 25 April 2014

10 Foto


1. Cutting Back on Melanoma Biopsy

Kebanyakan tahi lalat di tubuh badan kita tidak berbahaya sama sekali, tetapi bagaimana kita begitu pasti bahawa tahi lalat yang tumbuh itu normal dan tidak mendatangkan kemudaratan? Tahi lalat juga menjadi salah satu petanda untuk kanser kulit. Untuk memastikan wujudnya kanser dan tahi lalat itu ialah ketumbuhan yang tidak normal, pakar dermatologi pada hari ini telah mewujudkan sebuah rekaan daripada teknologi yang serba canggih. Jika sebelum ini biopsy yang diambil berisiko untuk meninggalkan kesan parut, alat ini mempunyai MelaFind optical scanner yang boleh mengurangkan kesan parut, malah mungkin tiada parut langsung pada kulit! MelaFind menggunakan teknologi ‘missile navigation’ yang digunakan dalam sistem pertahanan untuk mengesan sebarang ketidakabnormalan pada permukaan pada 10 gelomvang elektromagnet.






2. Electronic Aspirin

Teknologi daripada Autonomic Technologies, Inc., (Redwood City, CA) menggunakan konsep ‘patient-centered’ kerana pesakit tidak perlu lagi terlalu bergantung ubatan semata-mata, malah boleh mengawal tahap kesakitan yang dialami. Caranya ialah menyekat isyarat SPG yang boleh menyebabkan migraine. Hujung tip ini dimasukkan ke atas lelangit secara kekal. Apabila pesakit berasa sakit, dia boleh mengawal kesakitan tersebut dengan ‘remote control’ sebelum kesakitan  bertambah. 






3.  Needle Free Diabetes Care

Jika sebelum ini untuk memeriksa paras glukos dalam darah, jari anda akan dicucuk sedikit untuk mengambil setitis darah untuk diperiksa pada glucometer. Ciptaan daripada Echo Therapeutics (Philadelphia, PA)telah menghasilkan glucometer yang boleh memeriksa paras glukos dalam darah tanpa perlu dicucuk jari. Ia mempunyai pengesan biosensor pada kulit dan boleh menilai tahap glukos setiap minit. Bacaan paras glukos itu akan menghantar bacaan pada ‘remote monitor’ dan akan mengeluarkan amaran apabila paras glukos melebihi tahap yang normal.





4. Robotic Checks-up


Kaedah yang menggunakan sistem robot berupaya untuk mengawal sesebuah wad di hospital terutamanya di bahagian kecemasan. Robot boleh melakukan rondaan dengan lebih kerap, memeriksa keadaan pesakit di setiap bilik yang berbeza, mengambil tekanan darah tanpa penjagaan pesakit secara langsung. RP-VITA Remote Presence Robot dihasilkan oleh iRobot Corp dengan kerjasama InTouch Health merupakan ciptaan robot pertama untuk menerima FDA untuk kegunaan hospital.






5. A valve Job with Heart


Sapien transcatheter aortic valve dihasilkan oleh Edwards Life Sciences (Irvine, CA) amat membantu dalam proses pembedahan jantung. Bahan pembuatan  injap diambil daripada tisu lembu dan dilekatkan bersama stent yang anti-karat. Stent itu akan masuk ke dalam saluran pembuluh darah dan dikembangkan pada saluran darah yang tersumbat dan sempit. 






6. Monitiring Vital Signs on Phone

iPhone  terbaru daripada Azoi.Inc yang diberi nama Wello mempunyai banyak kemudahan untuk memeriksa tahap kesihatan sesorang. Antaranya ialah pemeriksaan mengenai  ECG, suhu badan, peratus oksigen dalam darah (SPO2), tekanan darah tinggi.







7. Sun Sprite 

Sun Sprite digunakan untuk merekodkan tahap cahaya yang terdedah kepada kita pada setiap hari. Ia menggunakan solar panel untuk mengukur pencahyaan. Cara peggunaa amat mudah, ianya boleh disepit pada baju, dompet, mahupun beg tangan. 






8. Care Connect Wristworn System

Kebanyakan warga emas lebih gemar untuk tinggal di rumah sendiri berbanding tinggal bersama anak-anak mahupun saudara mara. Ini menyebabkan mereka lebih berisiko untuk mendapat kecederaan seperti jatuh, serangan angin ahmar, serta hilang kesedaran diri. Oleh itu, sebuah cipataan seakan-akan jam tangan telah direka untuk memantau pergerakan dan postur badan seseorang. Alat ini mampu mengesan isyarat jika mereka jatuh ataupun mendapat kecederaan yang tidak disangka.






9. Perminova Necklace


Alat ini mampu untuk mengesan sebarang perubahan yang tidak normal pada jantung seperti kanser, kegagalan fungsi jantung serta pelbagai penyakit lain. Risiko kematian dapat dikurangkan dengan pengesanan awal pada perubahan di jantung, sekaligus dapat meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Alat ini juga berupaya untuk mengesan cecair pada lapisan jantung agar tidak melebihi paras normal. Elektode yang dipasang pada bawah rantai berfungsi untuk mengesan serta merekod kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, ECG, stroke volume dan cardiac output.






10. Intradermal Injection


West Pharmaceutical (Exton, PA) mendapat pengiktirafan daripada  European CE Mark kerana cipataanya iaitu ‘adapter’ untuk suntikan Intradermal . Intradermal adapter digunakan untuk membuatkan suntikan bawah kulit lebih selamat, mudah dan lebih konsisten. Direka untukkegunaan 1 mL pakai buang picagari, dan memberi manfaat semasa melakukan suntikan Mantoux Test untuk mengesan Tuberculosis dan apa-apa alahan. Klip berukuran 1/2  inci panjang yang terletak di hujung picagari membantu untuk mengelakkan suntikan yang melebihi lapisan epidermis. 

No comments:

Post a Comment