Pada zaman globalisasi ini, manusia bebas untuk mengakses pelbagai maklumat dengan begitu cepat. Segalanya seperti berada di hujung jari sahaja! Hanya perlu klik pada papan kekunci atau slide pada touch screen telefon bimbit. Keadaan ini juga memberi banyak kebaikan dalam bidang perubatan. Sememangnya, perubahan teknologi yang semakin hebat dan moden dapat memudahkan kerja para doktor, jururawat dan juga staf kesihatan yang lain.
Contohnya, di PPUKM, sistem yang digunakan ialah C-Hets. Tidak dinafikan sistem C-Hets yang diguna pakai banyak memberi manfaat kepada jagarawatan pesakit. Segala maklumat diri pesakit dapat diperoleh dan diakses dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama. Pelbagai keputusan ujian makmal seperti x-ray, CT Scan, MRI, Ultrasound, dan juga spesimen darah darpat diketahui dalam masa yang singkat. Apabila pegawai makmal telah menganalis spesimen yang dihantar, keputusan ujian terus direkodkan ke dalam sistem C-Hets. Dengan itu, hanya daftar masuk nama pengguna staf dan kata laluan, jururawat dapat mengakses keputusan ujian tersebut.
Merekod vital signs pesakit |
Jururawat mencatat laporan semasa pembedahan dilakukan |
Jika dibandingkan pada zaman sebelum 2000, para pekerja kesihatan perlu berulang-alik antara makmal dan wad untuk menghantar dan mengambil keputusan ujian speismen darah. Hal ini agak membebankan dan mengambil masa yang lama.
Kemajuan dalam bidang teknologi juga telah meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Para jururawat mempunyai lebih masa bersama pesakit untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik.Selain itu, sebarang permasalahan atau tanda tanya mengenai penyakit boleh diterangkan melalui grafik serta video yang banyak terdapat di carian laman sesawang. Antaranya, pesakit boleh mencari maklumat dengan lebih lanjut hanya dengan menaip di Google, Wikepedia, Internet Explorer dan sebagainya. Para doktor dan jururawat juga boleh membantu pesakit dalam menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan umur dan tahap pengetahuan pesakit melalui pembacaan daripada internet supaya pesakit tidak berasa keliru dengan pelbagai sumber maklumat.
Masa berharga bersama pesakit |
Sejak menggunakan sistem C-Hets, doktor dan farmasi tidak perlu lagi untuk menulis preskripsi ubat secara manual. Mereka hanya perlu masukkan senarai ubat yang hendak diberi melalui bahagian ubat dalam sistem ini. Manfaatnya, kesilapan pemberian ubat kepada pesakit dapat dikurangkan sama ada daripada doktor mahupun jururawat. Ada sesetengah ubat yang mempunyai nama yang hampir serupa dan boleh menimbulkan kekeliruan.
Tidak dinafikan, penggunaan teknologi dalam bidang perubatan banyak memberi kesan dan impak yang positif. Bidang perubatan akan sentiasa maju ke hadapan sekiranya bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.
baik, ringkas dan mudah dibaca.. seeloknya ada sedikit gambar yang menghiasi.. (Mohd Haziq Naqiuddin, A 138458)
ReplyDeleteTerima kasih haziq atas cadangan anda. Saya telah mengemas kini entri saya agar kelihatan lebih menarik dengan gambar hiasan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Norfa.
ReplyDeleteAten setuju dengan apa yang norfa tulis, sebab bagi Aten, teknologi banyak membantu dalam menaiktaraf kemudahan, infrastruktur dan sebagainya dalam dunia perubatan dan juga bidang lain. Untuk kita yang bakal jururawat ni, kalau tak sempat nak tengok prosedure, kita boleh guna Google atau Youtube untuk tengok procedure. Lebih selamat, lebih jelas, lebih banyak manfaat.
Terima Kasih. ;)
Nur Fatin Binti Ramli A138012
Betul, prosedur yang kecil seperti memasukkan NG tube sehinggalah ke prosedur yang rumit seperti bronchoscopy boleh terus ditonton di youtube. Sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit gambaran yang jelas sebelum prosedur yang benar dijalankan.
Deleteya, saya sangat setuju bahawa ICT membawa banyak manfaat dalam perubatan.
ReplyDeleteSelain daripada kebaikan yang disebutkan di atas, kemajuan dalam ICT juga mengurangkan penggunaan kertas yang banyak dalam bidang perubatan. Ini dapat menjimatkan kertas dan juga masa dan duit dalam urusan penyimpanan documen-documen perubatan.
CHEW FANG SIEN A137791
Bajet untuk membeli kertas dapat dikurangakan, masa yang diambil juga singkat untuk melihat rekod kesihatan pesakit.
ReplyDeleteIngat lagi sewaktu praktikal di wad tempoh hari? Kita ambil darah sesama sendiri, isi borang dan tandatangan doktor, dalam masa sejam sahaja sudah dapat lihat keputusan darah melalui sistem C-Hets. =)
Assalamualikum..
ReplyDeletesaya sangat setuju sekiranya bahawa penggunaan ICT bnayak memberi kebaikan kepada bidang perubatan. Saya memandang jauh untuk melihat semua hospital di Malaysia menggunakan sepenuhnya paperless. :)
Saya juga berharap agar jururawat-jururawat di klinik juga menggunakan penggunaan ICT dalam memberi jagarawatan .
Siti Sara binti Kuseri A138060
Sekiranya sesebuah pengurusan hospital menggunakan sistem paperless, jururawat dan doktor tidak perlu untuk membelek helaian yang tebal untuk menulis laporan.
DeleteSemestinya, situasi berebut fail pesakit antara jururawat, doktor, farmasi, fisioterapi tidak berlaku =D
Salam Satu Malaysia...
ReplyDeletePada pendapat saya, teknologi yang telah disediakan oleh kerajaan masa kini amat penting dalam semua prosedur terutama sekali dalam perubatan yang melibatkan nyawa pesakit. Dengan teknologi kini kita dapat mengurangi kadar kematian. Tidak dinafikan juga, teknologi akan membuatkan kita lalai dan otak/akal kita yang sedia ada tidak digunakan. Jadi, bagi pandangan saya, jika sesuatu kerja boleh digunakan dengan otak/akal adalah lebih penting berbanding menggunakan teknologi. Ini kerana kita tidak boleh bergantung dengan teknologi kerana setiap masa akan di 'update' dan berubah-ubah. Tanpa teknologi siapa yang dapat membantu kita dalam menyiapkan kerja dengan cepat.. (^^)
Siti Hawa Binti Mohd Noh A138926
benar. Dengan teknologi yang moden membuatkan kita tidak lagi menggunakan yang manual dan mengurangkan aktiviti berfikir otak.
Deletecontohnya, penggunaan infusion pump ( infusomat)
Hi Norfa, pada pendapat saya, teknologi memang amat penting dan dapat menjimat masa dan kerja seorang jururawat. ia juga mesra alam dan mengurangkan pembaziran sumber alam semula jadi. kebaikan ini sangat penting kerana sumber bumi telah semakin kurang akibat pembaziran manusia. jika keadaan ini berterusan, generasi yang akan datang akan mengalami masalah besar mengenai kekurangan sumber semula jadi seperti kertas dan juga perubahan cuaca disebabkan oleh pembalakan.
ReplyDeletebalik kepada isu teknologi dalam hospital, walaupun teknologi seperti sistem Chets dan sistem elektronik rekod sudah digunakan dalam kerja seharian jururawat dan pekerja kesihatan yang lain, tetapi dari pemerhatian saya sebagai seorang pelajar jururawat, saya mendapati bahawa ada juga staff yang kurang cekap dalam menguasai teknologi yang sedia ada. selain itu, ada staf yang hanya menggunakan teknologi tersebut atas arahan tanpa memahami konsep sistem yang digunakan dan apabila masalah berlaku, mereka tidak tahu membaiki atau troubleshooting teknologi tersebut. Saya rasa keadaan seperti ini harus diambil berat oleh pihak berkenaan. sebagai contoh, pihak hospital boleh mengadakan lebih banyak kursus ICT untuk untuk meningkatkan pengetahuan para pengguna tentang sesuatu teknologi dan langkah ini harus dijalan secara berterusan.
sekian, terima kasih~
TAN JIA YEE A138200
yurp,,,sgt stuju!!!Dunia IT moden dan Dunia Perubatan memang x boleh dipisahkan,,, pada zaman skrang kalo kedua-duanya saling x melengkapi,,maka tak lengkaplah sistem pengrusan kat hospital tu...hampir majoriti alat-alat di hospital menggunakan perlatan moden dan ini sangat memudahkan kerja-kerja di hospital.. tapi bagi saya jika dibandingkan dengan negara luar,,Malaysia masih lagi kurang tahap penggunaan IT moden di hospital,,, ini kerana malaysia sendiri bukan sepenuhnya menggunakan sistem paperless,,jika kita bandingkan dengan chiang mai hospital,,even nursing process pon mmg dah ada dlam komputer,,cuma click jer apa yang sesuai dengan patient..dan boleh berubah mengikut keadaan pesakit,,saya rasa kerja ini lebih tersusun jika dibandingkan dengan apa yang kita tulis dengan ayat yang sama untuk semua pesakit seperti yang diamalkan oleh jururawat di Malaysia skrang ni,,,tapi sbnarnya x amalkan dan x buat nursing intervention yg di 'plan' tu...
ReplyDeleteseiring dengan perkembangan teknologi masa kini, terdapat lebih banyak peralatan-peralatan canggih dalam bidang perubatan dan juga kejururawatan. sebenarnya, perkembangan ICT dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada kita sebagai health care personel. ia nya menjimatkan masa dan tenaga. masa boleh digunakan untuk memberi jagarawatan kepada pesakit. selain itu, ia nya juga banyak memberi
ReplyDeletekebaikan kepada pesakit
nur hafizatul akmal ramli
A138033
ye saya sokong :)
ReplyDeleteMASINAWATI
A137844